Biasiswa Khazanah-Cambridge (Ijazah Sarjana Muda) 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa 2023/2024 | Scholarship in Malaysia

Biasiswa Khazanah-Cambridge (Ijazah Sarjana Muda) 2013

Tawaran Biasiswa Khazanah-Cambridge 2013 ditawarkan kepada mereka yang bercadang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan di Universiti Cambridge.

Ia merupakan satu program pembangunan kepimpinan yang bertujuan untuk membina bakat kepimpinan Malaysia pada masa hadapan. Penerima biasiswa ini dijangka bukan sahaja dapat menunjukkan kecemerlangan akademik, tetapi juga membangunkan kemahiran kepimpinan mereka melalui latihan dan penyertaan dalam beberapa aktiviti.

Biasiswa Yayasan Khazanah ini meliputi tempoh penuh kursus pengajian, dan menyediakan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup bulanan, tambang tiket kapal terbang pergi balik dan peruntukan lain seperti elaun buku dan elaun akhir pengajian.

Tarikh tutup: 21 Julai 2013
Biasiswa Khazanah-Cambridge untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda | Scholarship

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Cambridge sama ada bersyarat atau tanpa syarat;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun;
  • Mesti mempunyai rekod akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya 3A dalam keputusan sebenar atau ramalan, atau menunjukkan bukti prestasi yang cemerlang sepanjang pengajian pra-universiti;
  • Mendapat kemasukan atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti (Sila lampirkan surat pegesahan daripada universiti pada bahagian ‘Attachments).

Cara Memohon:
Jika terdapat masalah semasa menghantar permohonan secara online, sila hubungi 03-2034 4768, 03-2034 0427 atau 03-2034 4783.

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia



Sumber: Yayasan KHAZANAH

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2023/2024 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)