Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (Master dan PhD) ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Sarjana (Master) dan Program Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi tahun akademik 2015.
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat mereka terus dipenuhi melalui pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada para pelajar yang layak. Ini merupakan satu sumbangan langsung ke arah pembangunan tenaga kerja profesional untuk negara dan TNB.
Doktor Falsafah: Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat, Sains Komputer.
» 18 Ogos 2015: Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga;
» 20 Ogos 2015: Proses temuduga dijangka bermula.
Jika terdapat sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab sosial korporat mereka terus dipenuhi melalui pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada para pelajar yang layak. Ini merupakan satu sumbangan langsung ke arah pembangunan tenaga kerja profesional untuk negara dan TNB.
Bidang Tajaan Biasiswa Master dan PhD UNITEN:
Sarjana: Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Perakaunan.Doktor Falsafah: Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat, Sains Komputer.
Syarat Kelayakan Biasiswa Master dan PhD UNITEN:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun (Sarjana) dan 35 tahun (Doktor Falsafah) pada 31 Disember 2015;
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
- Tahun kemasukan 2015 di UNITEN sahaja yang layak memohon;
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi;
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN;
- Bagi program Sarjana, pemohon perlu lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.33 atau setaraf;
- Bagi program Doktor Falsafah, pemohon mesti lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 atau kelas pertama / Lulus master dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.33 atau setaraf;
- Mengikuti pengajian sepenuh masa;
- Tidak bekerja;
- Tidak ditaja oleh penaja lain.
Cara Memohon Biasiswa Master dan PhD UNITEN:
- Permohonan Biasiswa UNITEN (Master dan PhD) hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui satu daripada pautan di bawah:
- » Permohonan melalui rangkaian di luar TNB;
- » Permohonan melalui komputer di premis TNB
- » Senarai Semak Biasiswa UNITEN 2015 dan Panduan Pengesahan Dokumen Sokongan
- Bilangan tawaran biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi dan dipanggil untuk sesi temuduga;
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan;
- Sekiranya tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup, permohonan adalah dianggap tidak berjaya dalam pemilihan.
Tarikh-tarikh Penting Biasiswa Master dan PhD UNITEN:
» 15 Ogos 2015: Tarikh tutup permohonan;» 18 Ogos 2015: Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga;
» 20 Ogos 2015: Proses temuduga dijangka bermula.
Jika terdapat sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
- Operasi UNITEN (Biasiswa):
- Encik Mohd Nasir Ali (samb: 7511);
- Encik Hassim Mohd Abdul Rahman (samb: 7525);
- Cik Fatimah Mustafa (samb: 7539).
- Teknikal / Sistem:
- Encik Mohd Amrizal Ibrahim (samb: 7549);
- Encik Mohd Jafri Ismail (samb: 7523).
Sumber: Yayasan Tenaga Nasional