Biasiswa Pertanian SEAMEO SEARCA Filipina 2014-2015 ditawarkan untuk pelajar peringkat Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD) yang melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dan bidang berkaitan yang menumpukan daya saing pertanian dan pengurusan sumber semulajadi untuk tahun persekolahan 2014-2015.
Biasiswa SEAMEO SEARCA menyokong pengajian lanjutan yang mengarah dan bertujuan untuk menyediakan profesional berkelayakan yang bekerja di sektor pertanian dan pembangunan luar bandar untuk jawatan kepimpinan di negara-negara anggota SEAMEO.
Antara bidang pengajian yang terpilih untuk tajaan biasiswa ini adalah seperti Kejuruteraan Pertanian, Agronomi, Sains Haiwan, Botani, Perikanan, Perhutanan, Genetik, Patologi Tumbuhan dan Hortikultur. Untuk senarai bidang yang lengkap, sila klik SINI.
Terdapat lima (5) institusi pilihan untuk program biasiswa ini iaitu University of the Philippines Los Banos (Filipina), Universiti Putra Malaysia (Malaysia), Kasetsart University (Thailand), serta Institut Pertanian Bogor dan Universitas Gadjah Mada (Indonesia). Walau bagaimanapun, SEARCA berhak menentukan pilihan kajian pasca sarjana yang muktamad. Oleh itu, pemohon dikehendaki untuk memilih tiga daripada lima institusi yang tersenarai.
Syarat Umum:
PUAN SUHANA BINTI IBRAHIM
Tel : 03 – 8321 7159
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : suhana.ibrahim@moe.gov.my
ENCIK ASMADARUS BIN MOHAMED
Tel : 03 – 8321 7143
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : asmadarus.mohamed@moe.gov.my
PUAN NORAZLIFAH BINTI MOHD SIRAT
Tel : 03 – 8321 7151
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : azlifah.mohd@moe.gov.my
Biasiswa SEAMEO SEARCA menyokong pengajian lanjutan yang mengarah dan bertujuan untuk menyediakan profesional berkelayakan yang bekerja di sektor pertanian dan pembangunan luar bandar untuk jawatan kepimpinan di negara-negara anggota SEAMEO.
Antara bidang pengajian yang terpilih untuk tajaan biasiswa ini adalah seperti Kejuruteraan Pertanian, Agronomi, Sains Haiwan, Botani, Perikanan, Perhutanan, Genetik, Patologi Tumbuhan dan Hortikultur. Untuk senarai bidang yang lengkap, sila klik SINI.
Tarikh tutup: 10 Julai 2013
Terdapat lima (5) institusi pilihan untuk program biasiswa ini iaitu University of the Philippines Los Banos (Filipina), Universiti Putra Malaysia (Malaysia), Kasetsart University (Thailand), serta Institut Pertanian Bogor dan Universitas Gadjah Mada (Indonesia). Walau bagaimanapun, SEARCA berhak menentukan pilihan kajian pasca sarjana yang muktamad. Oleh itu, pemohon dikehendaki untuk memilih tiga daripada lima institusi yang tersenarai.
Syarat Umum:
- Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi;
- Tawaran ini hanya terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 ke atas yang sedang berkhidmat dengan Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Warganegara Malaysia;
- Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3) tahun dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan di Gred DG41 pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
- Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya;
- Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pemilihan peringkat pengajian Kedoktoran.
- Mendapat markah kelulusan 550 bagi TOEFL atau 6.0 bagi IELTS;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Mencapai Laporan Nilaian prestasi Tahunan (purata minimum 85 peratus) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2010, 2011 dan 2012). Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
- Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
- Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;
- Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar, Peminjam/peminjam yang disenarai hitamkan oleh JPA atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain;
- Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
- Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian / kursus yang ditawarkan sahaja seperti dalam senarai kursus. Sebarang pertukaran bidang pengajian/kursus yang telah ditetapkan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Kementerian;
- Calon-calon juga perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja. Kementerian hanya memberikan kelulusan Cuti Belajar kepada calon-calon yang layak dan segala penajaan adalah di pihak penaja.
- [BUKA] MUAT TURUN SEMUA DOKUMEN PERMOHONAN
[TUTUP] MUAT TURUN SEMUA DOKUMEN PERMOHONAN
- IKLAN TAWARAN SEAMEO SEARCA
- SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
- BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
- SENARAI SEMAK PERMOHONAN CUTI BELAJAR PPP
- BORANG KPM (BT) LD1/2011
- BORANG KPM (BT) LD2/2011
- BORANG KPM (BT) LD3/ 2011
- BORANG KPM (BT) LD4/2011
- BORANG PERMOHONAN SEAMEO SEARCA
- BORANG PERMOHONAN UNIVERSITI GADJAH MADA
- BORANG PERMOHONAN INSTITUT PERTANIAN BOGOR
- BORANG PERMOHONAN UNIVERSITI FILIPINA
- BORANG PERMOHONAN UNIVERSITI THAILAND
- BORANG PERMOHONAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
- RISALAH SEAMEO SEARCA 1
- RISALAH SEAMEO SEARCA 2
- RISALAH INSTITUT PERTANIAN BOGOR
- RISALAH UNIVERSITI GADJAH MADA
- RISALAH UNIVERSITI THAILAND
- RISALAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
- Semua dokumen permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui ketua jabatan kepada alamat di bawah sebelum atau pada 10 Julai 2013 (Rabu):
- Permohonan yang tidak mematuhi syarat atau borang dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak;
- Sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan maklumat dalam mengisi borang permohonan ini, permohonan boleh ditolak dan pihak KPM berhak mengenakan tindakan tatatertib ke atas pemohon;
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
PUAN SUHANA BINTI IBRAHIM
Tel : 03 – 8321 7159
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : suhana.ibrahim@moe.gov.my
ENCIK ASMADARUS BIN MOHAMED
Tel : 03 – 8321 7143
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : asmadarus.mohamed@moe.gov.my
PUAN NORAZLIFAH BINTI MOHD SIRAT
Tel : 03 – 8321 7151
Faks : 03 – 8321 7103
E-mel : azlifah.mohd@moe.gov.my
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia