Biasiswa Khazanah Watan (Ijazah Pertama) 2013 - Senarai Biasiswa Malaysia 2023/2024 | Biasiswa JPA etc.

Biasiswa Khazanah Watan (Ijazah Pertama) 2013

Biasiswa Khazanah Watan (Ijazah Pertama) 2013 ini merupakan satu bantuan pelajaran yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda di universiti-universiti tempatan yang terpilih.

Matlamat Biasiswa Khazanah Watan bersifat serampang dua mata: untuk melatih bakat cemerlang Malaysia demi mengubah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menjadi perniagaan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa; serta untuk menggalakkan individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang untuk memimpin dan mengambil bahagian dalam inisiatif penyelidikan yang akan menyumbang kepada kemajuan reputasi universiti dalam penyelidikan dan inovasi.

Tarikh tutup: 21 Julai 2013
Tawaran Biasiswa Khazanah Watan untuk peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan | Scholarship

Syarat Kelayakan:
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau kesukarelawanan;
  • Satu kenyataan peribadi diperlukan (Tajuk: Mengapa Biasiswa Khazanah Nasional adalah untuk anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada amalan tadbir urus yang baik dan pembangunan kepimpinan Malaysia);
  • Pemohon mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti yang dinyatakan di bawah:
    • Mendapat tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian atau sedang dalam tahun pertama program Perubatan di International Medical University Malaysia (IMU) or Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed);
    • Mendapat minimum 3A dan 1B untuk STPM atau GCE A-Levels, atau PNGK minimum 3.50 / 4.00 untuk Program Pra-Universiti atau Asasi atau Matrikulasi;
    • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran biasiswa tersebut.





  • Mendapat minimum 3A dan 1B untuk STPM atau GCE A-Levels, atau PNGK minimum 3.50 / 4.00 untuk Program Pra-Universiti atau Asasi atau Matrikulasi;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran biasiswa tersebut.

  • Cara Memohon:
    • Klik SINI untuk memohon Biasiswa Khazanah Watan (Ijazah Pertama) 2013;
    • Hanya borang permohonan yang dihantar secara online sahaja yang akan dipertimbangkan;
    • Pemohon dikehendaki memuat-naik satu kenyataan peribadi dalam format pdf sebagai pelengkap permohonan (Tajuk: Mengapa Biasiswa Khazanah Nasional adalah untuk anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada amalan tadbir urus yang baik dan pembangunan kepimpinan Malaysia));
    • Jika pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 25 Julai 2013, permohonan dianggap tidak berjaya;

    Sekiranya pemohon menghadapi masalah dalam menghantar permohonan secara online, sila hubungi 03-2034 4768, 03-2034 0427 or 03-2034 4783.

    Yayasan Khazanah
    Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
    Kuala Lumpur City Centre
    50088 Kuala Lumpur
    Malaysia



    Sumber: Yayasan KHAZANAH