Tawaran Biasiswa Khazanah Global 2103 untuk Ijazah Sarjana Muda merupakan satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia yang berprestasi tinggi dan cemerlang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun.
Di samping itu, penerima Biasiswa Khazanah Global turut disediakan dengan latihan kepimpinan di organisasi terkemuka di Malaysia. Tempoh biasiswa adalah untuk sepanjang tempoh pengajian seperti yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan, tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.
Syarat Kelayakan:
Cara Memohon:
Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia
Di samping itu, penerima Biasiswa Khazanah Global turut disediakan dengan latihan kepimpinan di organisasi terkemuka di Malaysia. Tempoh biasiswa adalah untuk sepanjang tempoh pengajian seperti yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan, tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.
Tarikh tutup: 21 Julai 2013
Syarat Kelayakan:
- Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau kesukarelawanan;
- Satu kenyataan peribadi diperlukan (Tajuk: Mengapa Biasiswa Khazanah Nasional adalah untuk anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada amalan tadbir urus yang baik dan pembangunan kepimpinan Malaysia);
- Pemohon mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti berikut:
- Asasi:
- Mendapat minimum 8A (kombinasi A dan A+) dalam peperiksaan SPM baru-baru ini;
- Tidak melebihi umur 18 tahun pada tarikh pendaftaran untuk pengajian asasi.
- Ijazah Pertama:
- Memperolehi 3A minimum untuk A-Level atau kelayakan lain yang setaraf;
- Mendapat minimum sebanyak 3.50 PNGK untuk Ijazah Sarjana Muda;
- Telah ditawarkan atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti berkaitan (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan);
- Tidak melebihi umur 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Ijazah Pertama
Cara Memohon:
- Klik SINI untuk memohon Biasiswa Khazanah Global (Ijazah Pertama) 2013;
- Hanya borang permohonan yag dihantar secara online sahaja yang akan dilayan;
- Jika pemohon tidak menerima jawapan sehingga 25 Julai 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia
Sumber: Yayasan KHAZANAH