Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.
Syarat Kelayakan:
Tarikh tutup: 31 Julai 2013 (Sijil dan Diploma), 30 September 2013 (Ijazah Pertama)
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan;
- Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja);
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu;
- Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.
- Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai;
- Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulan Wang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM2.00;
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut:
- Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2013, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2013;
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah MAti
15000 Kota Bharu, KELANTAN
Tel : 09-7483213 / 7446127
Sumber: Yayasan Kelantan Darulnaim