Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013 - Senarai Biasiswa Malaysia 2026 | Malaysia Scholarship

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Perak yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS yang terpilih.

Sila maklum bahawa tajaan pinjaman ini hanya untuk program Diploma, Ijazah, Sarjana dan Ph.D sepenuh masa sahaja.

Tarikh tutup: 31 Julai 2013
Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013 | Scholarships

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon dan ibu atau bapa/penjaga mestilah Warganegara Malaysia dan anak jati Perak; ATAU
  • Pemohon dan ibu atau /penjaga Warganegara Malaysia, tetapi bukan anak jati Perak mestilah telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun; ATAU
  • Pemohon dan ibu atau bapa/penjaga Warganegara Malaysia, tetapi beralamat di luar Negeri mestilah telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit dalam subjek Bahasa Melayu;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas bagi pemohon-pemohon yang sedang melanjutkan pengajian;
  • Telah mendapat tawaran masuk ke universiti / kolej dengan MOD PENGAJIAN SEPENUH MASA (Diploma, Ijazah, Sarjana dan Ph.D sahaja);
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain;
  • Tawaran adalah sah kepada senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang ditaja Kerajaan Negeri Perak sahaja.
Cara Memohon:
  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di http://epinjaman.perak.gov.my;
  • Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak sebelum tarikh tutup permohonan pinjaman;
  • Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dicetak dan dihantar ke pihak pentadbiran setelah pelajar berjaya ditawarkan pinjaman:

  • Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan
    Bangunan Perak Darul Ridzuan
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
    30000 Ipoh Perak.
    No. Tel: 05-5221957
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada halimatul@perak.gov.my.


Sumber: ePinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2026 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)