Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN (NZ-AS) 2014 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN (NZ-AS) 2014

Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN (NZ-AS) ditawarkan oleh kerajaan New Zealand di bawah Program Bantuan New Zealand, satu program bantuan antarabangsa dan pembangunan yang diurus oleh Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (Ministry of Foreign Affairs and Trade) New Zealand.

Tawaran biasiswa ini bermatlamat untuk menyokong pembangunan mampan di negara-negara membangun dalam usaha untuk mengurangkan kemiskinan dan menyumbang kepada dunia yang lebih selamat, adil dan makmur dengan memberi peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Master dan Ph.D).

Tarikh tutup: 30 Ogos 2013
Tawaran Biasiswa New Zealand-ASEAN untuk Peringkat Master dan Ph.D | Scholarship

Syarat Kelayakan:
Individu yang memenuhi kriteria berikut layak untuk memohon Biasiswa NZ-ASEAN 2014:
  • Pemohon merupakan masyarakat awam atau sektor kerajaan atau swasta, dengan keutamaan diberi kepada pemohon yang boleh menunjukkan potensi dan kualiti kepimpinan untuk kepimpinan masa hadapan;
  • Cadangan bidang kajian harus relevan diperdebatkan untuk pembangunan masa depan ASEAN secara keseluruhan, untuk Malaysia, untuk negeri di Malaysia (contohnya Sabah atau Sarawak) atau untuk kumpulan etnik di Malaysia. (Keutamaan boleh diberikan kepada calon Orang Asli yang sesuai dari Semenanjung Malaysia jika ada yang layak, memandangkan kekurangan pendidikan yang dialami oleh kumpulan itu);
  • Calon mestilah berusia di bawah umur 40 tahun untuk permohonan biasiswa di peringkat Sarjana dan di bawah 45 tahun untuk peringkat Ph.D;
  • Mereka yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan dengan kursus pasca ijazah yang dikehendaki, dan yang dapat menunjukkan hubungan antara bidang kajian sebelumnya dengan bidang yang ingin diambil dalam pengajian ijazah lanjutan merupakan satu kelebihan;
  • Pemohon juga mesti memenuhi kriteria kelayakan umum untuk Biasiswa New Zealand-ASEAN.
Cara Memohon:
  • Pemohon perlu memuat turun borang permohonan Biasiswa New Zealand-ASEAN;
  • Pemohon perlu memohon untuk melanjutkan pengajian di universiti yang terpilih;
  • Pemohon dikehendaki menghantar dua set borang permohonan Biasiswa NZ-ASEAN yang telah dilengkapkan dalam Bahasa Inggeris (satu borang asal dan satu borang salinan) kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
  • Permohonan perlu disertakan dengan surat tawaran penempatan daripada universiti terbabit;
  • Calon Ph.D juga perlu menunjukkan bukti persetujuan dengan seorang penyelia (boleh dihantar melalui emel);
  • Tarikh tutup adalah pada 30 Ogos 2013.
Berikut adalah senarai tarikh penting berkaitan dengan Biasiswa Nez Zealand-ASEAN ini:
  • 30 Ogos 2013: Hari terakhir untuk menghantar borang permohonan kepada KPT;
  • September/Oktober 2013: Calon disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga awal;
  • Oktober/November 2013: Keputusan akhir pemilihan calon yang berjaya dan dimaklumkan melalui surat tawaran;
  • Januari 2014: Taklimat sebelum berlepas ke New Zealand;
  • Februari/Jun 2014: Berlepas ke New Zealand.
Untuk melihat senarai institusi pendidikan terpilih, syarat kelayakan umum, proses pemilihan dan maklumat berkaitan, sila layari http://www.aid.govt.nz/webfm_send/444 atau hubungi:

Pn Nureezan Binti Daud,
Unit Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Kuala Lumpur
Email: nureezan@mohe.gov.my | Tel: 8870 6315 | Fax: 8870 6839



Sumber: New Zealand Aid Programme

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)