Tawaran Biasiswa Gamuda 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa 2023/2024 | Scholarship in Malaysia

Tawaran Biasiswa Gamuda 2013

Tawaran Biasiswa Gamuda 2013 merupakan komponen penting dalam program pembangunan bakat Gamuda yang bukan sahaja membuka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tetapi turut menyediakan peluang kerjaya buat para pemohon.

Pihak Gamuda Berhad sedang mencari calon-calon luar biasa yang telah mencapai keputusan akademik yang cemerlang, mempunyai nilai-nilai dan sifat teladan, kualiti kepimpinan, dan yang paling penting, mempunyai keazaman untuk berjaya dalam bidang-bidang yang dipilih.

Bidang pengajian yang ditawarkan di bawah program Biasiswa Gamuda ini termasuklah:
  • Kejuruteraan (Sivil, Mekanikal, Elektrikal atau Alam Sekitar);
  • Ukur Bahan / Perumahan, Bangunan dan Perancangan;
  • Pentadbiran Perniagaan dan Sains Sosial.
Tarikh tutup: 10 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Gamuda 2013 untuk Lepasan STPM

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Gamuda 2013:
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 3A dalam STPM atau setaraf (contoh: A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma);
  • Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, mempunyai kualiti kepimpinan, nilai murni, karakter serta komitmen untuk berjaya;
  • Mendapat tawaran untuk mengikuti bidang pengajian yang ditawarkan di atas semasa menghadiri temuduga;
  • Mesti menunjukkan bukti-bukti keperluan kewangan;
  • Sanggup berkhidmat dengan Kumpulan Gamuda untuk tempoh tertentu setelah tamat pengajian;
  • Tidak memerima apa-apa biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada organisasi lain.
Cara Memohon:
  • Pemohon boleh memohon secara atas talian (online) di Sistem ePermohonan Biasiswa Gamuda. Pemohon perlu mendaftar sebelum membuat permohonan, ATAU;
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa Gamuda 2013, ATAU;
  • Dapatkan borang permohonan di alamat berikut:

  • Menara Gamuda, PJ Trade Centre
    No 8 Jalan PJU 8/8A
    Bandar Damansara Perdana
    47820 Petaling Jaya
    Selangor
    Tel: 03–7491 8288 | Fax: 03–7727 5224

  • Semua borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah sampai sebelum atau pada 10 Mei 2013;
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek yag akan dimaklumkan untuk sesi temuduga.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai tawaran biasiswa Gamuda ini, sila layari Laman Biasiswa Gamuda



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2023/2024 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)