Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed ditawarkan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers) kepada pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tempatan terpilih.
Pinjaman pendidikan tanpa faedah ini tidak terhad untuk pelajar tahun pertama sahaja. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa pertengahan kursus juga layak untuk memohon pinjaman pendidikan ini.
Bantuan pendidikan ini ditawarkan untuk pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam bidang-bidang berikut:
Pinjaman pendidikan tanpa faedah ini tidak terhad untuk pelajar tahun pertama sahaja. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa pertengahan kursus juga layak untuk memohon pinjaman pendidikan ini.
Bantuan pendidikan ini ditawarkan untuk pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam bidang-bidang berikut:
- Kejuruteraan;
- Sains
- Sistem Pengurusan Maklumat (MIS);
- Ekonomi dan Pengajian Perniagaan;
- Pengurusan dan Perakaunan.
Tarikh tutup: 31 Mei 2013
Syarat Kelayakan:
Untuk layak memohon Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:Cara Memohon:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa yang diterima masuk dan mendaftar di universiti / kolej / institusi pengajian yang lebih tinggi;
- Pemohon mesti menunjukkan surat penerimaan daripada universiti / kolej / institusi pengajian yang berkenaan;
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau dermasiswa daripada mana-mana organisasi;
- Benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian;
- Mempunyai rekod pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang baik.
- Pemohon hendaklah memuat turun borang permohonan Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed;
- Borang permohonan yang telah dilengkapkan dan semua dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada:
- Semua borang, dokumen dan foto yang dihantar akan menjadi hak milik FMM dan tidak akan dikembalikan;
- Semua borang dan dokumen berkenaan hendaklah sampai kepada pihak FMM selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013.
FMM Tunku Tan Sri Mohamed Study Loan Committee,
Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
Wisma FMM, No. 3, Persiaran Dagang,
PJU 9, Bandar Sri Damansara,
52200 KUALA LUMPUR
Sumber: Laman Biasiswa FMM (http://www.fmm.org.my)