Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 untuk Ijazah Pertama ditawarkan kepada para pelanggan atau anak kepada pelanggan pasca-bayar Maxis yang cemerlang dalam pengajian akademik serta aktiviti ko-kurikulum. Tawaran biasiswa Maxis ini juga dibuka kepada anak-anak pekerja tetap dan kontrak di Maxis.
Penerima Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 ini akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk mengikuti pengajian sama ada di universiti tempatan atau luar negara - satu langkah penting demi merealisasikan impian dan cita-cita mereka.
Syarat Kelayakan:
Penerima Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 ini akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk mengikuti pengajian sama ada di universiti tempatan atau luar negara - satu langkah penting demi merealisasikan impian dan cita-cita mereka.
Tarikh tutup: 10 Mei 2013
Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 (Ijazah Pertama):Cara Memohon:
- Pemohon atau ibu bapa pemohon mestilah pelanggan pelan pasca-bayar Maxis sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun dan mempunyai rekod pembayaran yang baik. Anak kepada pekerja tetap dan kontrak Maxis juga boleh memohon;
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang berusia di bawah 23 tahun semasa memohon;
- Pemohon tidak terikat dengan sebarang organisasi dan telah mendapat tawaran tanpa syarat atau surat penerimaan dari universiti tempatan atau luar negara sebelum menerima Biasiswa Kecemerlangan Maxis;
- Pemohon telah tamat / berada di peringkat akhir pengajian asasi semasa memohon;
- Mereka yang sedang menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama juga layak memohon;
- Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:
- SPM atau setaraf: minimum 6A;
- MANA-MANA kursus asas berikut:
- STPM: minimum 3A;
- Diploma: PNGK 3.5;
- A-Level: 3A;
- Australian Tertiary Admission Rank (ATAR): 90.0;
- Pengajian asasi / pra-universiti yang diiktiraf: PNGK 3.5 ke atas;
- International Baccalaureate: 36.0;
- Pelajar ijazah pertama: PNGK 3.5 atau setaraf.
- Pemohon yang sedang berada di peringkat akhir pengajian asasi boleh menggunakan keputusan ramalan. Walau bagaimanapun, keputusan akhir perlu ditunjukkan semasa temuduga peringkat kedua;
- Pemohon juga perlu memenuhi kriteria berikut:
- Mahir dalam Bahasa Inggeris sama ada bertulis dan lisan;
- Cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum;
- Mempunyai kualiti kepimpinan.
- Biasiswa Kecemerlangan Maxis 2013 perlu dipohon secara atas talian di PAUTAN INI;
- Setelah tempoh permohonan tamat, jawatankuasa biasiswa akan menilai permohonan dan menyenarai pendek calon untuk sesi temuduga berdasarkan tentatif berikut:
- Tempoh Permohonan: 1 April - 10 Mei 2013
- Temuduga Pertama: Julai 2013
- Temuduga Kedua: Ogos 2013
- Pengumuman Keputusan: September / Oktober 2013
- HANYA calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan / atau panggilan telefon.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mei 2013.