Biasiswa Intel Malaysia ditawarkan setiap tahun kepada pelajar cemerlang dari universiti awam atau swasta di seluruh negara. Biasiswa ini ditawarkan oleh Intel Malaysia, sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu.
Antara bidang pengajian yang ditaja oleh Biasiswa Intel Malaysia adalah Elektrikal dan Elektronik, Mekatronik, Fizik atau Kejuruteraan Komputer.
Syarat Kelayakan:
Antara bidang pengajian yang ditaja oleh Biasiswa Intel Malaysia adalah Elektrikal dan Elektronik, Mekatronik, Fizik atau Kejuruteraan Komputer.
Tarikh tutup: Tidak dinyatakan.
Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak memohon Biasiswa Intel Malaysia:Cara Memohon:
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon adalah pelajar sepenuh masa di universiti tempatan dalam bidang-bidang yang ditaja;
- Tidak mendapat penajaan biasiswa daripada mana-mana syarikat, organisasi atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau bagaimanapun, pemegang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) dibenarkan untuk memohon;
- Memenuhi satu atau lebih syarat kelayakan akademik di bawah:
- SPM dengan A1 bagi subjek Matematik dan semua subjek sains;
- STPM sekurang-kurangnya gred A dalam tiga subjek;
- Matrikulasi dengan PNGK 3.5 dan ke atas;
- Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda, minimum PNGK 3.5.
- Muat turun borang permohonan Biasiswa Intel Malaysia;
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui emel beserta satu salinan resume kepada malaysia.staffing@intel.com.