Pinjaman Pelajaran Yayasan ANGKASA 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Pinjaman Pelajaran Yayasan ANGKASA 2013

Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA 2013 mempelawa semua anggota koperasi, kakitangan koperasi dan anak anggota koperasi ahli ANGKASA serta kakitangan ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA untuk memohon pinjaman pendidikan bolehubah tanpa faedah kepada calon-calon berkelayakan bagi mengikuti kursus pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ/PLK di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) Dalam Negeri.

Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengurusan koperasi, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan pelaburan, perakaunan, ICT, undang-undang, kejuruteraan, bioteknologi, sains sukan / kokurikulum dan bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan koperasi.

Tarikh tutup: 7 Oktober 2013
Pinjaman Pelajaran Yayasan Angkasa 2013

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Anggota koperasi ahli ANGKASA atau kakitangan koperasi ahli ANGKASA atau anak anggota koperasi ahli ANGKASA atau anak kakitangan ANGKASA;
  • Telah menerima surat tawaran dari mana-mana IPTA / IPTS;
Ijazah Sarjana Muda (Jumlah Pinjaman: RM4,500 – RM6,500 setahun)
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A dan kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia; atau
  • Lulus Diploma atau Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang diiktiraf setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (B-) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan 2 mata pelajaran yang lain; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kelulusan Jayyid – Jiddan dari mana-mana mata pelajaran dan berpengetahuan dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.
Master (Jumlah Pinjaman: RM18,000 untuk 2 Tahun)
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan;
  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00.
Doktor Falsafah (Ph.D) (Jumlah Pinjaman: RM20,000 untuk seluruh program)
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 45 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan;
  • Lulus Sarjana (Master) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00.
Cara Permohonan:
Borang permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan ANGKASA 2013 dan lain-lain keterangan lanjut boleh didapati dari laman sesawang Yayasan ANGKASA ataupun melalui alamat berikut:

Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1,
Peti Surat 8797,
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Sila sertakan sampul surat berukuran 23cm x 16cm bersetem 50 sen beralamat sendiri dan catatkan ‘PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA’ di sebelah kiri sampul surat atau datang sendiri ke alamat di atas.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 7 OKTOBER 2013. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumat dari tarikh ini dianggap tidak berjaya ANGKASA selepas sebulan dari tarikh ini dianggap tidak berjaya.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)