Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang membuka permohonan untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Pertama di Timur Tengah (Mesir, Jordan, Maghribi) kepada semua pelajar yang berkelayakan.
Sehubungan dengan itu, Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, Takhasus Qiraat, Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam).
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my
(Pn. Safwati Ahmad / Pn. Zakiah Saleh / En. Ahmad Termizi)

Tarikh tutup: 15 April 2013
Syarat Kelayakan:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
- Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU;
- Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang mesti mengemukakan surat pengesahan bermastautin dari pada Wakil Rakyat / Pegawai Daerah / Penghulu Mukim.
- Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
- Pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan program yang telah dinyatakan.
- Muat turun borang permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti-universiti Timur Tengah 2013;
- Sila lengkapkan borang berkenaan dengan menyertakan salinan sijil-sijil persekolahan berserta dokumen kelahiran pelajar dan kedua ibubapa yang telah disahkan benar;
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke Yayasan Pahang ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin);
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat dan borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my
(Pn. Safwati Ahmad / Pn. Zakiah Saleh / En. Ahmad Termizi)
Sumber: Laman Rasmi Yayasan Pahang