Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di bawah skim ini, pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi / Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).
Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang
Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam. Pada masa yang sama,
pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi
Sesi Akademik 2013/2014 (UPU Online).
Tarikh tutup: 15 April 2013
Syarat Kelayakan:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
- Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
- Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
- Mempunyai kelulusan akademik dan kegiatan ko-kurikulum yang cemerlang.
- Lulus di peringkat SPM tahun 2012 seperti berikut:
- Mendapat 8A dan ke atas.
- Mendapat 7A dan ke atas bagi pelajar yang menghafaz Al-Quran 15 juzu dan ke atas.
Cara Memohon:
- Muat turun borang permohonan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) 2013;
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke Yayasan Pahang ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin);
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat dan borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;
- Keputusan pemilihan calon-calon anugerah SPC YP adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:
YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my
(Safwati Ahmad / Zakiah Saleh / Rohana Khamdan)
Sumber: Laman Rasmi Yayasan Pahang