Tawaran Biasiswa Sarjana Muda PIDM 2013 merupakan anugerah biasiswa selama empat tahun untuk pelajar cemerlang dan berwawasan yang memerlukan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran di dalam negara, dalam bidang pengajian yang selaras dengan keperluan urusan PIDM.
Tawaran Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ini juga terbuka untuk permohonan daripada semua pelajar warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan pendidikan bermula pada tahun 2013. Pelajar yang sedang menjalani pengajian ijazah pertama juga layak memohon sekiranya memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Bahagian Sumber Manusia,
(Program Biasiswa),
Aras 12, Quill 7,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
atau emelkan permohonan anda kepada hc@pidm.gov.my.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dan keputusan adalah muktamad.
Sila layari Laman Rasmi PIDM untuk melihat senarai kolej dan universiti yang diterima serta syarat kelayakan penuh.

Tarikh tutup: 26 April 2013
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia yang tidak melebihi usia 25 tahun (pada 1 Januari 2013) dan merupakan pelajar sepenuh masa;
- Keputusa akademik yang baik dalam SPM / STPM atau setaraf (dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
- Mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dalam bidang-bidang yang ditawarkan oleh PIDM dan diperakui oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di kolej atau universiti tempatan yang diterima oleh PIDM;
- Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana institusi atau organisasi yang lain;
- Pemohon tidak pernah diberhentikan daripada menerima biasiswa atau bantuan kewangan yang lain oleh mana-mana institusi atau organisasi akibat tindakan disiplin;
- Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan, menepati bidang pengajian dan mendapat tempat di kolej atau universiti pilihan PIDM.
- Muat turun borang permohonan Biasiswa Sarjana Muda PIDM dan borang PDPA;
- Borang permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus atau melalui pos ke alamat di bawah sebelum 26 April 2013:
(Program Biasiswa),
Aras 12, Quill 7,
No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.
atau emelkan permohonan anda kepada hc@pidm.gov.my.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dan keputusan adalah muktamad.
Sila layari Laman Rasmi PIDM untuk melihat senarai kolej dan universiti yang diterima serta syarat kelayakan penuh.
Sumber: Laman Rasmi PIDM