Tajaan Pendidikan PETRONAS Jun 2013 - Senarai Biasiswa Malaysia 2026 | Malaysia Scholarship

Tajaan Pendidikan PETRONAS Jun 2013

Biasiswa Pendidikan PETRONAS 2013 sekali lagi menawarkan penajaan pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon dari lain-lain kelayakan di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti luar negara.

Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.

Penajaan ini adalah untuk bidang kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam disiplin berikut:
[Buka] Teknikal dan Sains Gunaan [Tutup] Teknikal dan Sains Gunaan
  • Kejuruteraan Awam;
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik;
  • Kejuruteraan Kimia;
  • Kejuruteraan Mekanikal;
  • Kejuruteraan Petroleum;
  • Petroleum Geosains;
  • Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE);
  • Geologi;
  • Geofizik;
  • Sains Polimer.

[Buka] Bukan Teknikal [Tutup] Bukan Teknikal
  • Perakaunan / Perdagangan;
  • Kewangan;


Tarikh tutup: 30 Jun 2013
TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN PETRONAS UTP LUAR NEGARA 2013 SAINS GUNAAN BUKAN TEKNIKAL

Syarat Kelayakan Umum:
[Buka] Program Asasi/Pra Universiti [Tutup] Program Asasi/Pra Universiti
  • Program Asasi (UTP), sekurang-kurangnya CGPA 2.70;
  • American Credit Transfer Programme (ACTP), sekurang-kurangnya CGPA 3.00;
  • American Degree Foundation Programme (ADFP), sekurang-kurangnya CGPA 3.50;
  • A Level, sekurang-kurangnya 2A 1B (bagi yang mengambil 3 subjek) atau 1A 2B 1C (bagi yang mengambil 4 subjek);
  • Australian Matriculation Programme (AUSMAT), sekurang-kurangnya ATAR 85%;
  • South Australian Matriculation (SAM), sekurang-kurangnya ATAR 85%;
  • Canadian Pre-University (CPU) sekurang-kurangnya 85%;
  • Canadian International Matriculation Programme (CIMP), sekurang-kurangnya 85%;
  • International Baccalaureate (IB), sekurang-kurangnya 35 mata.

[Buka] Diploma & Program Matrikulasi [Tutup] Diploma & Program Matrikulasi
  • Sekurang-kurangnya CGPA 3.30;
  • Malaysian University English Test (MUET), sekurang-kurangnya Band 3.

[Buka] STPM [Tutup] STPM
  • Lulus Pengajian Am;
  • Malaysian University English Test (MUET), sekurang-kurangnya Band 3


Syarat Kelayakan Khusus:
[Buka] Program Asasi/Pra Universiti [Tutup] Program Asasi/Pra Universiti
  • Teknikal dan Sains Gunaan: Mencapai sekurang-kurangnya B dalam matapelajaran Matematik, Fizik dan Kimia dalam Program Asasi UTP/Pra Universiti seperti di atas;
  • Bukan Teknikal: Mencapai sekurang-kurangnya B dalam matapelajaran Matematik, dan mana-mana 2 matapelajaran berkaitan (Contohnya: Matematik Tambahan, Akaun, Ekonomi, Perdagangan dll) dalam Program Asasi UTP/Pra Universiti seperti di atas.

[Buka] Diploma & Program Matrikulasi [Tutup] Diploma & Program Matrikulasi
  • Teknikal dan Sains Gunaan: Diploma dalam Program Kejuruteraan yang berkaitan;
  • Bukan Teknikal: Diploma dalam program yang berkaitan.

[Buka] STPM [Tutup] STPM
  • Teknikal dan Sains Gunaan: Lulus STPM sekurang-kurangnya 3 Principal B dalam matapelajaran Matematik, Fizik dan Kimia;
  • Bukan Teknikal: Lulus STPM sekurang-kurangnya 3 Principal B dalam mana-mana 3 matapelajaran berkaitan (Contohnya: Matematik Tambahan, Akaun, Ekonomi, Perdagangan dll).


Syarat Memohon:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun pada tahun 2013;
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
  • Pemohon mestilah bukan sedang menerima penajaan pendidikan dari penaja-penaja lain.
  • Pemohon mestilah sudah mendapat tempat pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda samada di Universiti Teknologi PETRONAS, Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun universiti-universiti luar negara dalam program-program yang ditawarkan oleh PETRONAS.
Cara Memohon:
  • Sila muat turun dan baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman sesawang tersebut.
  • Pemohon mestilah memuat turun borang permohonan Biasiswa Petronas 2013 ini.
  • Borang permohonan yang telah diisi hendaklah ditandatangani dan dihantar melalui e-mel ke edu_sponsorship@petronas.com.my sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Dokumen-dokumen yang telah lengkap dan telah disahkan mestilah dihantar melalui pos ke alamat berikut:
  • Jawatankuasa Pemilihan,
    Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (Lain-lain Kelayakan),
    Aras 9, Menara 1,
    Menara Berkembar PETRONAS, KLCC,
    50088, Kuala Lumpur.

  • Pemohon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk melalui proses temuduga.



Sumber: Petronas

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2026 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)