Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2013 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar negara dalam semua bidang. Biasiswa penuh ditawarkan termasuk yuran penuh akademik, elaun sara hidup, dan sokongan pembangunan insaniah.
Program ini merupakan satu program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.
Pelajar layak memohon biasiswa ini sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk dan kata laluan, sila emel ke password@penerajuedu.com.
Pastikan anda sertakan:
(a) Nama penuh
(b) Nombor MyKad
(c) Nombor telefon yang boleh dihubungi
(d) Alamat emel alternatif
Program ini merupakan satu program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.
Tarikh tutup: 12 April 2013
Syarat Kelayakan:Pelajar layak memohon biasiswa ini sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
- Bumiputera (lepasan SPM/STPM 2012);
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A (A+ / A / A-) dalam mana-mana mata pelajaran; atau Lulus STPM dan memperolehi sekurang-kurangnya 2A;
- Pendapatan isi rumah ibu/bapa atau penjaga pemohon tidak melebihi RM3,000 sebulan;
- Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi;
- Tidak menerima mana-mana tajaan pendidikan.
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di laman sesawang Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera;
- Setelah selesai mendaftar, emel akan dihantarkan kepada alamat e-mel yang anda daftarkan;
- Klik pautan yang terdapat di dalam kandungan emel untuk terus ke borang permohonan dalam talian (online).
Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk dan kata laluan, sila emel ke password@penerajuedu.com.
Pastikan anda sertakan:
(a) Nama penuh
(b) Nombor MyKad
(c) Nombor telefon yang boleh dihubungi
(d) Alamat emel alternatif