Biasiswa MMC Corporation Berhad 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa MMC Corporation Berhad 2013

Biasiswa MMC 2013 ditawarkan oleh MMC Corporation Berhad (MMC), sebuah kumpulan utiliti dan infrastruktur berkepentingan dalam pelabuhan dan logistik, tenaga dan utiliti serta kejuruteraan dan pembinaan.

Perniagaan utama MMC dalam segmen pelabuhan dan logistik termasuklah Pelabuhan Tanjung Pelepas (terminal kontena terbesar di Malaysia) dan Pelabuhan Johor (pelabuhan pelbagai guna terkemuka di Malaysia).

Antara program-program yang ditawarkan di bawah Biasiswa MMC 2013 ini adalah:
  • Kejuruteraan Sivil
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrikal
  • Ukur Bahan
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Perundangan
Tarikh tutup: 6 April 2013
Tawaran Biasiswa MMC Corporation Berhad 2013 | Scholarships

Syarat Kelayakan:
Kejuruteraan (Sivil, Mekanikal, Elektrikal), Ukur Bahan
  • Keputusan SPM minimum 8A termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik, Kimia dan mana-mana dua subjek lain;
  • Tidak melebihi umur 18 tahun pada tarikh kemasukan program asas;
  • Menunjukkan kemahiran kepimpinan yang tinggi menerusi penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Kewangan, Perakaunan, Ekonomi dan Perundangan
  • Keputusan SPM minimum 8A termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Sains, Sejarah dan mana-mana dua subjek lain;
  • Tidak melebihi umur 18 tahun pada tarikh kemasukan program asas;
  • Menunjukkan kemahiran kepimpinan yang tinggi menerusi penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Calon yang layak untuk Biasiswa MMC 2013 akan dipilih oleh jawatankuasa biasiswa MMC Corporation Berhad ('Jawatankuasa') dan semua keputusan adalah muktamad;
  • Pilihan bidang terhad kepada yang ditawarkan sahaja dan tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa;
  • Calon yang tidak layak, permohonan tidak lengkap dan permohonan yang lambat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Cara Permohonan:
  • Permohonan Biasiswa MMC 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang Sistem Biasiswa MMC Online. Permohonan secara manual tidak akan diproses;
  • Tarikh tutup adalah pada 6 April 2013;
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan melalui emel dan/atau panggilan telefon.
Hanya permohonan secara online sahaja yang akan diterima.



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)