Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 2013

Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 2013 ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Tarikh tutup: 15 April 2013
Anugerah Biasiswa Menteri Besar 2013 Yayasan Pahang | Scholarships
Syarat Kelayakan:
  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon
  • Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
  • Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2012 seperti berikut:
    • Mendapat 9 A+ dan ke atas bagi calon SPM.
    • Mendapat 4 Prinsipal A bagi calon STPM.
  • Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  • Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
Cara Memohon:
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 2013;
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan semua dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan ke Yayasan Pahang ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 April 2013 (Isnin);
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat dan borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;
  • Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur


Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888 | Laman Web : www.yp.org.my | E-mail : ypahang@yp.org.my
(Safwati Ahmad / Zakiah Saleh / Rohana Khamdan)



Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)