Tawaran Biasiswa Khazanah Watan 2013 - Biasiswa | Bantuan Pendidikan | Scholarship JPA MARA 2020/2021

Tawaran Biasiswa Khazanah Watan 2013

Biasiswa Khazanah Watan 2013 ini merupakan satu bantuan pelajaran yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda dan Sarjana di universiti-universiti tempatan yang terpilih.

Matlamat Biasiswa Khazanah Watan bersifat serampang dua mata: untuk melatih bakat cemerlang Malaysia demi mengubah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menjadi perniagaan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa; serta untuk menggalakkan individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang untuk memimpin dan mengambil bahagian dalam inisiatif penyelidikan yang akan menyumbang kepada kemajuan reputasi universiti dalam penyelidikan dan inovasi.

Tarikh tutup: 8 April 2013
Tawaran Biasiswa Khazanah Watan 2013 | Scholarships
Syarat Kelayakan:
Biasiswa Khazanah Watan 2013 untuk Ijazah Sarjana Muda
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau kesukarelawanan;
  • Satu kenyataan peribadi diperlukan (Tajuk: Mengapa Biasiswa Khazanah Nasional adalah untuk anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada amalan tadbir urus yang baik dan pembangunan kepimpinan Malaysia);
  • Pemohon mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti yang dinyatakan di bawah:
    • Mendapat tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian atau sedang dalam tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti terkemuka Malaysia yang terpilih;
    • Mendapat minimum 3A dan 1B untuk STPM atau GCE A-Levels, atau PNGK minimum 3.50 / 4.00 untuk Pra-Universiti atau Asasi atau Program Matrikulasi;
    • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran biasiswa tersebut.
Klik untuk memohon Biasiswa Yayasan Khazanah Watan 2013 Ijazah Pertama 
Biasiswa Khazanah Watan 2013 untuk Ijazah Lanjutan

Master
  • Telah memohon / ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti tempatan yang terpilih (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) (Sila lampirkan surat pengesahan);
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.50 / 4.00 atau Kelas Kedua Atas;
  • Tidak melebihi usia 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Master.

Ph.D
  • Telah mendapat tawaran menyambung pengajian atau sedang dalam tahun pertama program Ijazah Doktor Falsafah terkenal di universiti-universiti tempatan yang terpilih (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan);
  • Memiliki Ijazah Sarjana yang cemerlang atau PNGK sekurang-kurangnya 3.50 / 4.00 atau purata Gred A dan / atau laporan pemeriksa cemerlang' jika Ijazah Sarjana secara penyelidikan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 3.50 / 4.00 atau Kelas Kedua Atas atau purata Gred A atau setaraf;
  • Tidak melebihi usia 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Doktor Falsafah.
Klik untuk memohon Biasiswa Yayasan Khazanah Watan 2013 Ijazah Lanjutan 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 03-20340000
Fax: 03-2034 0440



Sumber: Yayasan KHAZANAH