Japanese Associate Degree Program ialah satu projek khas oleh kerajaan Malaysia untuk menyediakan biasiswa untuk pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran di Jepun. Dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA, para pelajar yang layak dipelawa untuk membuat permohonan biasiswa Program Ijazah Berkembar Jepun Sesi 2013 / 2018.
Tarikh tutup: 27 Februari 2013
Syarat dan Kelayakan:
- Terbuka kepada semua pelajar Bumiputera.
- Berdasarkan Pencapaian minima SPM 2012 seperti berikut:
SUBJEK PEPERIKSAAN
|
PENCAPAIAN
|
Matematik Moden
|
A
|
Matematik Tambahan
|
A
|
Fizik
|
A
|
Kimia
|
A
|
Bahasa Inggeris
|
A
|
Bahasa Melayu
|
A
|
Pengetahuan Agama Islam / Moral
|
A
|
Sejarah
|
A
|
Lain-lain subjek
|
A
|
- Pencapaian minima Keputusan Percubaan SPM 2012 merupakan pra syarat untuk dipanggil temuduga.
- Penilaian Akademik akan dinilai semula selepas keputusan SPM 2012 diumumkan.
- Pemohon dikehendaki menghantar semula keputusan sebenar SPM 2012 ke YPM MJHEP setelah ianya diumumkan.
Projek Biasiswa Kejuruteraan Mekanikal atau Elektrikal dan Elektronik selama 5 tahun [3 tahun di Malaysia + 2 tahun di Jepun] tajaan sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran MARA [YPM].
Cara Memohon
- Pemohon boleh memohon menggunakan keputusan minima Percubaan SPM 2012 secara online di Laman Permohonan JAD-MJHEP 2013 / 2018 (http://www.ik-one.biz/jadypm/)
- Permohonan bukan melalui 'online' secara automatik akan ditolak.
- Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi [DPPT]
No. 19-G, Jalan TPS 1/5,
Taman Pelangi Semenyih,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan
Tel:+603-8723 4044 / 1563/ 2616 / 3039
Faks: +603-8723 3053
[BAHAGIAN AKADEMIK dan HAL EHWAL PELAJAR]
- Sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan selepas tarikh tersebut.
- Pemohon boleh menyemak status temuduga selepas 3 Mac 2013 di laman sesawang http://www.jadypm.edu.my