Tawaran Biasiswa Syariah Sepanjang Tahun - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Biasiswa Syariah Sepanjang Tahun

Anugerah Biasiswa Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam.

Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) mempelawa permohonan daripada para pelajar yang berkelayakan dengan pencapaian akademik cemerlang dan aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk memohon Anugerah Biasiswa Syariah bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di universiti dalam atau luar negara. Anugerah Biasiswa Syariah ini adalah sebahagian daripada Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam, ditubuhkan untuk meningkatkan pengetahuan, penyelidikan, kepakaran, dan wacana intelektual dalam bidang Syariah. Dana tersebut menggambarkan komitmen Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhkan perkembangan industri kewangan Islam.

Tarikh tutup: Sepanjang tahun – tiada tarikh tutup.
Anugerah Biasiswa Syariah - Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) Sepanjang Tahun

Bidang Pengajian:
  • Pasca siswazah (Sarjana / Master atau Ph.D) dalam Syariah atau pengajian kewangan Islam di institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf;
  • Pengajian Ijazah Pertama di universiti yang diiktiraf dalam bidang Syariah dengan ijazah berganda atau satu minor dalam satu daripada disiplin berikut:
    • Perbankan Islam;
    • Perbankan Konvensional;
    • Perakaunan;
    • Perundangan;
    • Ekonomi;
    • Kewangan;
    • Pengurusan; atau
    • Bidang lain yang bersesuaian dengan pembangunan industri kewangan Islam.
  • Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP), hanya untuk mereka yang mempunyai latar belakang pengajian Syariah sahaja.

Syarat Kelayakan:
  • Biasiswa ini terbuka kepada rakyat semua negara;
  • Pemohon haruslah mendapat tempat dalam institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Pemohon perlu mengambil program pengajian sama ada Ijazah, CIFP, Sarjana (Master) atau Ph.D secara sepenuh masa.
  • Bagi permohonan pasca siswazah, pemohon perlu mempunyai PNGK sekurang-kurangnya 3.5 atau setaraf.
  • Untuk permohonan daripada calon ijazah pertama pula, pemohon mesti mendapat PNGK minimum 3.3 atau setaraf (untuk keputusan peperiksaan semester pertama).
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam program-program yang dinyatakan di atas juga boleh memohon biasiswa ini.
  • Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi lain.

Cara Memohon:
Permohonan biasiswa hendaklah dihantar beserta dokumen berikut, mesti dalam bahasa Inggeris:
  • Borang Permohonan. Sila muat turun di SINI;
  • Salinan dokumen pengenalan diri (paspot/kad pengenalan);
  • Surat Tawaran daripada institusi pengajian tinggi;
  • Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip yang telah disahkan;
  • Satu karangan tidak lebih daripada 100 patah perkataan tentang ‘mengapa pemohon harus dianugerahkan biasiswa ini dan bagaimana dia merancang untuk memberi sumbangan dalam industri perkhidmatan kewangan Islam’;
  • Dua (2) surat sokongan (hanya untuk permohonan biasiswa pasca siswazah). Sila gunakan contoh yang telah disediakan.
  • Tesis cadangan (hanya untuk permohonan Master dan Ph.D melalui penyelidikan atau kerja kursus dan penyelidikan); dan
  • Dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Semua permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke:

Anugerah Biasiswa Syariah,
Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA),
Lorong Universiti A, 59100 KUALA LUMPUR.

Untuk maklumat lanjut, sila emelkan ke scholarship@isra.my


Sumber: Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) - 14 Januari 2013

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)