Biasiswa Yayasan Albukhary 2013 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Yayasan Albukhary 2013

Anugerah Biasiswa Yayasan Albukhary 2013 ditawarkan kepada pemohon yang kurang upaya, kurang berkemampuan dan terpinggir untuk kemasukan ke Universiti Antarabangsa Albukhary di Kedah, Malaysia.

Yayasan Albukhary ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang ahli perniagaan yang dermawan. Hasil inspirasi nilai-nilai Muslim iaitu Taqwa (Iman) dan Ehsan (Simpati), Yayasan tersebut dirangka berdasarkan prinsip bahawa perniagaan dan kebajikan adalah saling berkaitan. Hasilnya, sebahagian pendapatan daripada perniagaan disalurkan untuk kebajikan.

Tajaan biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, tempat tinggal, makanan, keperluan pengajaran dan pembelajaran dan insuran perubatan. Pemohon yang berjaya tetapi berasal daripada keluarga yang sangat miskin juga layak menerima elaun bulanan.
Tawaran Biasiswa Yayasan Albukhary 2013
Tarikh tutup: 31 Mei 2013

Tawaran Program:
Anugerah Biasiswa Yayasan Albukhary 2013 menawarkan kemasukan langsung ke Program Pengajian Asasi ataupun Pengajian Ijazah Pertama untuk bidang-bidang berikut:
  • Program Bahasa Inggeris Intensif (6 bulan);
  • Program Pengajian Asasi (1 tahun);
  • Pengajian Ijazah Pertama (3 tahun) dalam bidang:
    • Perniagaan (Perbankan dan Kewangan, Pengurusan Perniagaan)
    • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)

Profil Pemohon:
Pemilihan kemasukan akan memberi keutamaan kepada status sosial dan ekonomi pemohon. Universiti Antarabangsa Albukhary juga mencari pemohon yang berpotensi untuk menjadi pemimpin pelajar menerusi pencapaian akademik serta penglibatan dalam aktiviti komuniti dan ko-kurikulum tambahan. Pemohon mesti bersedia mematuhi peraturan Universiti dan memberi sumbangan kepada Universiti dan masyarakat melalui khidmat komuniti.

Calon yang berjaya tetapi tiada kefasihan Bahasa Inggeris seperti yang dikehendaki akan ditawarkan Program Bahasa Inggeris Intensif dahulu sebelum meneruskan Program Pengajian Asasi atau Program Pengajian Ijazah Pertama.

Cara Memohon:
Untuk memohon, anda perlu melakukan perkara berikut:
  • Sila lengkapkan dan hantar Borang Permohonan Pelajar. Anda boleh muat turun borang tersebut dari laman web www.aiu.edu.my dan hantarkan ke alamat di bawah.
  • Sertakan semua dokumen yang diminta seperti yang tercatat pada borang permohonan.
Unit Kemasukan,
Bahagian Pendaftaran,
Universiti Antarabangsa Albukhary,
Jalan Tun Abdul Razak,
05200 Alor Setar,
Malaysia

Untuk mengetahui kriteria permohonan dan sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.aiu.edu.my ataupun berhubung dengan Unit Kemasukan:

No. Tel: 604-7747313 / 604-7747314 / 604-7747315
Emel: admissions@aiu.edu.my



Sumber: Yayasan Albukhary

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)