Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok untuk warganegara Malaysia yang akan memohon atau sedang mengikuti kursus-kursus diploma sepenuh masa di Politeknik Singapura berikut:
Nilai pinjaman pendidikan yang ditawarkan adalah sebanyak RM17,000 setahun.
- Politeknik Nanyang
- Politeknik Ngee Ann
- Politeknik Republik
- Politeknik Singapura
- Politeknik Temasek
Jenis Tajaan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok:
Bantuan pinjaman penuh atau separuh pinjaman separuh geran pengajian. Bahagian pinjaman untuk bantuan pengajian adalah tanpa faedah dan dibayar melalui ansuran bulanan selepas tamat pengajian.Nilai pinjaman pendidikan yang ditawarkan adalah sebanyak RM17,000 setahun.
Syarat Kelayakan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- memiliki kelayakan akademik yang baik;
- Penglibatan yang aktif di sekolah;
- Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.
Cara Memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Kuok (Diploma Politeknik Singapura):
- Borang pemohonan boleh dimuat turun dari SINI atau didapati dari:
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah sampai di Yayasan atau Kaunselor Pelajar / Pendaftaran politeknik masing-masing pada atau sebelum 29 Februari 2016;
- Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga. Temuduga akan diadakan di pejabat Yayasan Kuok di Kuala Lumpur;
- Untuk pertanyaan lanjut, sila emel kepada general@kuokfoundation.com.
Peti Surat 110, Tingkat 16 Menara UBN
No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Sumber: Yayasan Kuok Berhad