Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) 2024

Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ ditawarkan kepada anak kelahiran Johor yang telah mendapat tawaran kemasukan/sedang mengikuti peringkat pengajian DIPLOMA atau IJAZAH secara SEPENUH MASA di IPTA.

Baca juga:

Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Syarat Memohon:

Pelajar yang ingin memohon pinjaman pelajaran YPJ hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:


  • Lahir dan menetap di Negeri Johor;
  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
  • Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
  • Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
  • Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa dan kelulusan);

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal Permohonan Pinjaman/Biasiswa Yayasan Pelajaran Johor bermula 17 Mac sehingga 30 Mac 2024.

Portal Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ.


Pemohon dikehendaki memahami syarat permohonan, syarat kelayakan akademik dan panduan mengisi borang permohonan.

Dokumen permohonan beserta dokumen wajib yang telah disusun boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter YPJ ataupun melalui kaedah POS.

Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”.

Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”. Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.

Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
Tarikh tutup: 30 Mac 2024 (Sabtu)

Dokumen Wajib:

  • Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  • Salinan Surat Tawaran IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

PERINGATAN PENTING: Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)