Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) 2024 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) 2024

Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (dalam Negara) merupakan bantuan permulaan secara one-off kepada pelajar anak kelahiran JOHOR untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (semester pertama).

Baca juga:

Kadar bantuan yang ditawarkan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:
  1. RM 500.00 - Sijil (semester pertama)
  2. RM 1,000.00 - Diploma (semester pertama)
  3. RM 1,500.00 - Ijazah Sarjana Muda (semester pertama)


Syarat Kelayakan:

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum Seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia beragama Islam.
  • Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
  • Pemohon hendaklah 18 tahun ke atas.
  • Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM800 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.

Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara).

Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.

MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap)

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan ini boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian 07-2282929.

=========================================
Saluran Info Tawaran Biasiswa Terkini:
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: MAIJ
Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (dalam Negara) Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
Tarikh tutup: Terbuka

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)