Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2020 - Biasiswa | Bantuan Pendidikan | Scholarship JPA MARA 2020/2021

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2020

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) | Biasiswa PIDM ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan dalam bidang pengajian yang selaras dengan keperluan urusan PIDM.

Biasiswa PIDM ini juga layak dipohon oleh pelajar yang sedang menjalani pengajian ijazah pertama sekiranya memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM):

  • Warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2020) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  • mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) / STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif ("PNGK") sebanyak 3.50 ke atas;
  • Pelajar sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang ditaja, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;
  • Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;
  • Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;
  • Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon;
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.
Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

Cara Memohon Biasiswa PIDM:

Permohonan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2020 akan dibuka bermula 9 Mac 2020 sehingga 14 April 2020.

Borang Permohonan Online Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2020

Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web PIDM, kemudian log masuk untuk mengemaskini permohonan biasiswa.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Anda boleh mengemukakan permohonan anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM. Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila teruskan ke alamat e-mel kami di: ss@pidm.gov.my atau anda boleh menghubungi Puan Beatrice Low di talian 03-21737475.

Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
Tarikh tutup: 14 April 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: PIDM


Bidang Pengajian Tajaan Biasiswa PIDM:

  • Perakaunan;
  • Perbankan;
  • Pentadbiran Perniagaan;
  • Kewangan;
  • Perniagaan Antarabangsa;
  • Perbankan Islam;
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan;
  • Sains Komputer /Teknologi Maklumat;
  • Ekonomi;
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa;
  • Statistik;
  • Sains Aktuari;
  • Undang-undang / Undang-undang Syariah;
  • Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia;
  • Matematik (Aktuari);
  • Pengurusan Risiko dan Insurans;
  • Insurans;
  • Komunikasi.

Senarai Kolej dan Universiti Terpilih:

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
  4. Universiti Malaya (UM);
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP);
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP);
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS);
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM);
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
  12. Universiti Sains Malaysia (USM);
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM);
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM);
  16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);
  17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA);
  18. Universiti Malaysia Kelantan.
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  1. Multimedia University (MMU);
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN);
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK);
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR);
  5. Universiti Industri Selangor (UNISEL);
  6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC);
  7. UNITAR International University (UNITAR).

Prasyarat Biasiswa PIDM:

Senarai prasyarat merangkumi:
  • Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  • Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  • Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Syarat-syarat Penerimaan Biasiswa Berterusan:

PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:
  • Tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab;
  • Gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester;
  • Gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya; atau
  • Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

Pakej Tajaan Biasiswa PIDM:

  • Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;
  • Program Induksi
    Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.
  • Program Mentor dan Bimbingan
    Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.
  • Program Latihan Praktikal
    Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).
Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan.