Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021 - Biasiswa | Bantuan Pendidikan | Scholarship JPA MARA 2020/2021

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara secara sepenuh masa.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

Syarat Kelayakan Umum Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) 2020:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat Kelayakan Khusus Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA):

  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  • Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  • Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  • Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran A1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran A2;
  • Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran A3; dan
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Cara Memohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong:

  • Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 hendaklah diisi secara dalam talian (on-line), dimuat turun, dicetak, ditandatangani dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti yang ditetapkan;
  • Pemohon boleh mengemukakan permohonan on-line mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020. Tarikh akhir bagi permohonan on-line dan mengemukakan borang permohonan yang lengkap adalah pada 6 Mac 2020;
  • Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja;
  • Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan / pengajian adalah seperti di LAMPIRAN B1;
  • Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen / sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen / sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga;
  • Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Keputusan pemohon yang berjaya disenarai pendek boleh disemak di portal http://esilav2.jpa.gov.my/;
  • Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP1A/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 atau 2017, 2018 dan 2019 oleh Ketua Jabatan (Lampiran C).;
  • Semua pemohon termasuk ibu bapa pemohon adalah tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan;
  • Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program BYDPA boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di talian 03-8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 atau e-mel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my .

Tarikh tutup bagi permohonan on-line di http://esilav2.jpa.gov.my/ dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap adalah pada 6 Mac 2020.

Bagi pemohon yang disenarai pendek untuk menghadiri temu duga, surat panggilan temu duga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my/ dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temu duga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temu duga.

Permohonan Biasiswa Yang Di Pertuan Agong (BYDPA) Scholarship
Tarikh tutup: 6 Mac 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Portal JPA