Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) | Biasiswa PETRONAS 2020 merupakan satu program penajaan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang di Malaysia untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan minyak dan gas.
Biasiswa ini terbuka untuk program ijazah pertama di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan juga luar negara dalam bidang teknikal dan bukan teknikal.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
Biasiswa ini terbuka untuk program ijazah pertama di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan juga luar negara dalam bidang teknikal dan bukan teknikal.
Bidang Tajaan Biasiswa PETRONAS:
Universiti Teknologi PETRONAS |
---|
Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Kejuruteraan Mekanikal / Sains Komputer / Kejuruteraan Petroleum / Geosains Petroleum
|
Universiti Luar Negara |
---|
Kimia Gunaan / Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Geologi / Geofizik / Kejuruteraan Bahan / Sains Bahan / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Petroleum / Kejuruteraan Perisian / Perakaunan / Sains Aktuari / Sains Komputer / Ekonomi / Undang-undang / Matematik / Psikologi / Sosiologi / Statistik |
Syarat Kelayakan Tajaan Biasiswa PETRONAS:
- Warganegara Malaysia berusia di antara 17 - 19 tahun pada tahun 2020;
- Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif (boleh dibuktikan) dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum;
- Tidak terikat atau menerima mana-mana biasiswa daripada organisasi lain;
- UTP: Minimum 8A- dalam SPM 2019, sekurang-kurangnya A- dalam Kimia , Fizik dan Matematik;
- Universiti luar negara: Minimum 8A- dalam SPM 2019, sekurang-kurangnya A- dalam Kimia , Fizik dan Matematik (program kejuruteraan) ATAU minimum 8A- dalam SPM 2019, sekurang-kurangnya A- dalam Matematik (program bukan kejuruteraan).
Cara Memohon Biasiswa PETRONAS:
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Biasiswa Pendidikan PETRONAS;
- Bagi permohonan tajaan untuk bidang pengajian di UTP, pemohon wajib menghantar permohonan kemasukan ke UTP melalui Universiti Teknologi PETRONAS;
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi penilaian.
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!
=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: PETRONAS
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: PETRONAS