Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2013 menawarkan tajaan biasiswa kepada pelajar berkelayakan yang sedang menuntut atau memohon untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tajaan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia ini diutamakan untuk mereka yang sedang atau akan melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berikut:
Tajaan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia ini diutamakan untuk mereka yang sedang atau akan melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berikut:
- Kewangan;
- Perakaunan;
- Perundangan (LLB dan/atau Syariah);
- Ekonomi;
- Matematik;
- Teknologi Maklumat;
- Sains Aktuari;
Tarikh tutup: 21 Jun 2013
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia yang berusia kurang daripada 22 tahun;
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Telah mendapat tempat atau memohon kemasukan mengikuti program Ijazah Pertama secara sepenuh masa di mana-mana IPTA tempatan;
- Keputusan STPM – minimum 2A dan 2B; ATAU
- Keputusan A Level – minimum 2A dan 1B; ATAU
- Keputusan Matrikulasi – minimum PNGK 3.5 ke atas, atau setaraf;
- Keputusan Malaysia University English Test (MUET) – Band 4;
- Rekod cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum dan/atau khidmat kemasyarakatan, sebaiknya memegang jawatan kepimpinan.
- Pemohon perlu memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2013/2014;
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada scholarships@bursamalaysia.com atau ke alamat berikut:
- Sila nyatakan “Yayasan Bursa Malaysia Scholarship Programme 2013" pada bahagian atas kiri sampul surat.
Bursa Malaysia Berhad
13th Floor, Exchange Square
Bukit Kewangan
50200 Kuala Lumpur
Sumber: Bursa Malaysia