Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2020 - Biasiswa | Bantuan Pendidikan | Scholarship JPA MARA 2020/2021

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2020

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) | Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di institusi-institusi pengajian tempatan.

Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapanya hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

Senarai Program Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2020

Diploma

Aktuari Sains / Perikanan / Juru Ukur / Pertanian / Kejuruteraan / Sains Tulen / Kesihatan dan Perusahaan Ternak / Seni Bina (Architecture) / Maritim / Teknologi Maklumat / Pengurusan Hartanah / Ukur Bahan / Perakaunan

Ijazah Sarjana Muda
Aktuari Sains / Pengurusan Hartanah / Ekonomi / Perakaunan / Farmasi / Pergigian / Kejuruteraan / Perhutanan / Kesihatan dan Perusahaan Ternak / Perikanan / Keusahawanan / Pertanian / Juru Ukur / Perubatan / Perindustrian / Perubatan Veterinar / Pelancongan dan Hospitaliti / Sains Alam Sekitar / Pendidikan (Matematik, Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina) / Sains Komputer / Seni Bina (Architecture) / Seni Kreatif / Ukur Bahan / Pengajian Islam / Undang-Undang / Pengurusan Ladang

Ijazah Sarjana
Bidang pengajian yang dianggap ‘Kritikal’ dan ‘Selektif’ bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

Syarat Had Umur Pemohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah:

  • Bagi kursus Diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun;
  • Bagi kursus Ijazah Sarjana Muda, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun;
  • Bagi kursus Ijazah Sarjana, pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun.

Kelayakan Akademik Pemohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah:

Kursus Diploma
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf;
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid;
  • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5;
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5;
  • Lulus Asasi / Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5.

Kursus Sarjana
  • Sarjana Muda dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5;
  • Bidang kursus pengajian yang dianggap ‘kritikal’ dan ‘selektif’ bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.8 di peringkat STPM / Diploma / Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS):

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) mulai 12 Mac 2020. Pemohon perlu mendaftar e-mel peribadi yang aktif.

Borang Permohonan Online Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.

Semakan keputusan permohonan juga akan dibuat secara ‘online’.

Tiada tajaan untuk kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 April 2020. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
Tarikh tutup: 11 April 2020
Kongsikan pada semua.. Moga berjaya!

=========================================
Saluran Info Biasiswa Terkini:
Website: www.TawaranBiasiswa.com
Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Twitter: www.twitter.com/TawaranBiasiswa
Telegram: http://t.me/TawaranBiasiswa
=========================================
Sumber: Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sabah